5 PEMAKANAN YANG TERBUKTI DAPAT MEMBANTU MERAWAT MASALAH RAMBUT!

1. Oat

Oat kaya dengan serat, zink, zat besi, asid lemak omega-6 dan asid lemak tak tepu (PUFAs) yang merangsang pertumbuhan rambut dan akan menjadikan rambut anda lebih tebal dan sihat.

2. Bayam

Bayam adalah sumber zat besi, vitamin A, C dan protein. Bayam mengandungi sebum yang bertindak sebagai perapi semula jadi untuk rambut. Ia juga mengandungi asid omega-3, magnesium, kalium, kalsium dan besi. Ini membantu mengekalkan kulit kepala yang sihat dan rambut berkilau.

3. Lobak & Keledek

Lobak juga mengandungi Vitamin A yang mampu meningkatkan pertumbuhan rambut.

Keledek juga mengandungi beta-karoten yang bertukar kepada vitamin A dalam badan kita. Kekurangan vitamin A boleh menyebabkan kulit kering dan gatal.

4. Telur & Produk Tenusu

Salah satu makanan yang baik untuk rambut gugur ialah telur dan produk tenusu. 

Sebagai contoh, susu, yogurt, keju, telur dan produk tenusu lain mengandungi nutrien penting seperti protein, Vitamin B12, zat besi, zink dan asid lemak Omega.

Produk tenusu juga merupakan sumber biotin (Vitamin B7) yang terkenal mencegah rambut gugur.

5. Walnut

Walnut membantu untuk mencegah rambut gugur. Ia adalah satu-satunya kacang yang diketahui mengandungi biotin, vitamin B (B1, B6 dan B9), Vitamin E, kaya protein dan magnesium, yang semuanya menguatkan kutikula rambut dan menyuburkan kulit kepala.

Ia membantu melindungi sel-sel anda dari kerosakan DNA yang mungkin disebabkan oleh pendedahan kepada cahaya matahari.

FOLLOW US

Keep updated through our social media platforms!

info@fenomena.asia

Send us an email

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Press Once! Website Content Protected