Tips Penjagaan Rambut

 

#1 Keringkan rambut dengan betul
Selesai mandi, anda mengeringkan rambut yang sedang basah dengan menggunakan tuala. Tuala digosok dengan kuat ke setiap helaian rambut agar rambut cepat kering.

Jika anda melakukan perkara ini, tolong berhenti daripada melakukannya selepas ini. Cara ini akan membuatkan rambut anda mudah rosak.

Sebaiknya, goyangkan kepala anda terlebih dahulu selepas mandi untuk mengurangkan lebihan air pada rambut.

Selepas itu, lap dengan kadar perlahan setiap helain rambut mengikut arah rambut tumbuh untuk mengeringkannya.

Mungkin cara ini agak memakan masa berbanding dengan cara yang anda pernah gunakan sebelum ini. Namun percayalah, anda akan gembira dan berpuas hati dengan kesihatan rambut anda selepas beberapa kali menggunakan cara yang baru ini.

Selain itu, elakkan juga mengeringkan rambut dengan menggunakan alat pengering rambut. Haba yang dihasilkan oleh alat tersebut mampu merosakkan rambut anda.

Jika anda kesuntukan masa dan benar-benar perlu menngunakan alat pengering rambut, pastikan ia ditetapkan dalam tetapan haba yang paling minimum.

#2 Mencuci rambut secara berkala dan menggunakan teknik cucian yang betul
Menurut seorang Pakar Penjagaan Rambut Lelaki, Carmelo Guastella, mencuci rambut setiap hari terutamanya bagi yang mempunyai rambut jenis kering akan menyebabkan rambut semakin tidak sihat.

Anda boleh cuba mencuci rambut anda selang sehari ataupun hanya mencuci ketika kulit kepala terasa berminyak dan gatal. Carmelo Guastella menyarankan supaya mencuci rambut setiap sekali atau dua kali seminggu bagi mereka yang memiliki rambut kering.

Ketika anda mencuci rambut, pastikan anda menggunakan cara dan teknik yang betul. Pertama sekali, bilas rambut dan kulit kepala anda menggunakan air suam-suam kuku untuk membuka liang-liang pori pada kulit kepala.

Jangan menggunakan air yang terlalu panas kerana ia akan menyebabkan minyak semulajadi yang terdapat pada kulit kepala hilang.

Setelah itu, ratakan syampu pada kulit kepala sambil urut dengan perlahan menggunakan jari-jemari anda. Kemudian, bilaslah dengan menggunakan air biasa.

#3 Guna produk rambut yang sesuai dan minimumkan penggunaan produk yang mengandungi bahan kimia
Penggunaan gel rambut atau semburan rambut yang terlalu banyak akan membuatkan rambut kurang sihat. Jadi, gunakan seminima mungkin produk-produk tersebut ketika menggayakan rambut anda.

Selain produk untuk penggayaan rambut, syampu juga memainkan peranan penting dalam memastikan rambut anda kekal sihat dan bergaya. Pastikan anda memilih syampu yang sesuai dengan keadaan rambut anda.

Elakkan syampu yang mengandungi bahan kimia yang mungkin membahayakan kesihatan rambut anda. Jika belum menemukan syampu yang sesuai untuk rambut anda, kami sarankan anda cuba guna Shampoo Santan.

Syampu ini tidak mengandungi bahan kimia yang merbahaya, bahkan diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi. Harganya adalah sangat berpatutan dan mampu milik.

#4 Trim rambut secara berkala
Anda juga boleh memastikan rambut sentiasa kekal sihat dengan melakukan rutin trim rambut secara berkala. Seeloknya trim rambut anda setiap empat hingga enam minggu sekali.

Dengan cara ini, anda boleh mengurangkan rambut yang rosak terutamanya rambut bercabang. Rambut anda bukan sahaja kekal sihat, malah akan sentiasa tampak kemas dan rapi.

#5 Amalkan gaya hidup yang sihat
Selain menumpukan perhatian pada penjagaan rambut semata-mata, anda juga perlu mengambil perhatian terhadap gaya hidup anda. Pastikan anda mengambil makanan yang seimbang dalam diet seharian supaya rambut anda mendapat nutrisi rambut yang mencukupi.

Elakkan tabiat gaya hidup kurang sihat seperti merokok dan minum minuman keras.

Tabiat yang sebegini akan menjejaskan kesihatan anda termasuklah proses tumbesaran rambut. Amalan bersukan juga amat digalakkan kerana bersukan dapat membantu tubuh badan anda berfungsi dengan baik dan lancar.

Rambut anda pasti akan kelihatan lebih bergaya dan segak apabila ia dijaga dengan baik dan betul.

FOLLOW US

Keep updated through our social media platforms!

info@fenomena.asia

Send us an email

error: Press Once! Website Content Protected